JPI UiTM Sabah

Thursday, May 29, 2014

Matahari Menegak Atas Ka'abah

[Media Pusat Islam]

Assalamualaikum WBT...

Image by http://www.bharian.com.my/

Image by http://www.bharian.com.my/
Pada 28 Mei 2014 (Rabu) ,tepat jam 5.16 petang waktu Malaysia telah terjadinya fenomena yang jarang berlaku apabila matahari berada tegak di atas Ka’abah. Fenomena ini digelar Istiwa’ Utama Matahari atau Istiwa’ Adzam di Ka’bah di mana matahari akan berada di titik Zenith ketika Istiwa’. Peristiwa ini akan berlaku sebanyak dua kali dalam setahun apabila nilai sudut istiwa’ matahari bersamaan dengan nilai latitude Mekah di mana Ka’bah terletak. Umat Islam seluruh dunia digalakkan untuk menyemak ketepatan arah kiblat seperti dalam Surah Al-Baqarah 2:149:

"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu kerjakan."
(2:149)
"Marilah kita meraikan bulan Rejab ini dan membuat persiapan untuk memasuki bulan Ramadhan"
 
Wassalam.
Sila merujuk: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (Semakan Arah Kiblat; melalui kaedah Isti'wa utama matahari di Ka'bah)