JPI UiTM Sabah: May 2013

Tuesday, May 21, 2013

Apa itu Ukhuwwah?



"Sesungguhnya orang mu'min itu bersaudara (ukhwah), maka damaikanlah antara keduanya dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" [49:10]

Ukhuwwah itu persahabatan :)
Dari segi istilah : Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali.

Persahabatan yang terjalin disebabkan rasa kasih, ada juga disebabkan kepentingan yang diperlukan dan macam-macam lagi.                                                              Manakala menurut Imam Ghazali Ukhuwah mempunyai 4 kategori :

  1. Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya    
  2. Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu
          3. Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan di dunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.
            4. Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.

Yang kita cari, persahabatan yang diredhai Allah. Iya. Ramai yang akan bertanya bila dengar statement Ukhuwah Fillah. “Kenapa perlu redha Allah?” “Kenapa perlu bersahabat kerana Allah? Kita berkawan sebab kawan kita laa” Lalu saya bertanya kembali. Sahabat itu dari mana, siapa yang ciptakan,.Allah. Iya. Allah. Maka hanya dengan izinNya kita berkenalan dengan sahabat kita. Bukan saja saja Allah ciptakan dan takdirkan untuk berkenalan dengan kita.

Sahabat itu anugerah dari Allah, ujian dan amanah yang Allah beri. Maka terserah pada kita bagaimana untuk  menguruskannya. Sangat beruntung bagi mereka  yang sangat menghargai dan melaksanakan tanggungjawab sebagai sahabat di dunia kerana kelak, sungguh dia akan menjawab pertanyaan Allah berkenaan sahabat dengan lancar dan senang hati pada Hari Kebangkitan.

Setiap sahabat yang hadir dalam hidup kita tidak kisah yang baru sahaja kenal atau sudah lama pasti ada sesuatu Allah ingin sampaikan pada kita. Ada sesuatu Allah mahu tunjuk, ada sesuatu Allah ingin ajarkan pada kita melalui setiap dari mereka. Yakinlah dan hargailah anugerah yang Allah berikan pada kita, sahabat  kita.

Pandanglah setiap sahabat yang Allah bagi dengan pandangan positif biar buruk mana pun sikap dan layanan mereka terhadap kita kerana kita yakin Allah takdirkan kita untuk menerima segala kekurangan itu. Ingat! sikap sahabat terhadap kita juga bukan saja saja. Itu maksudnya Allah pilih kita untuk berhadapan dengan mereka dan menyelesaikan kekurangan/masalah itu dengan berhikmah. Kenapa kita dipilih untuk berhadapan dengan mereka ? kerana Allah yakin kita mampu selesaikannya, paling tidak pun pasti ada sesuatu kita akan belajar dari kekurangan atau perselisihan faham kita dengan mereka(jika ada). Maka berlapang dadalah dan terima semua situasi dengan redha, ambil hikmah dan pengajaran yang Allah bagi dari setiap situasi antara kita dan sahabat.

Jaga amanah ini, jaga sahabat kita agar dapat bertemu di syurga sana. Tegurlah dia bila dia silap dan bertolak ansurlah dengan sahabat tidak kira siapa yang silap. Ajaklah dia bersama-sama merasai nikmat berukhuwah kerana Allah. Turunkan ego kita kerana hidup di dunia tidak lama kan. Boleh jadi saat kita abaikan dia bermain judi(contoh) beberapa saat selepas itu dia tercekik dan bertemu ajal. Hah. Tidakkah rasa bersalah kita seumur hidup kerana mengabaikannya. Itupun kalau ada rasa bersalah. Boleh jadi juga kita yang bertemu ajal pada ketika itu. Apa nak jawab dengan Allah nanti? Kalau buat bekal untuk diri sendiri sahaja, itu sia sia. Kena usaha isi bekal bersama. Baharulah kita dan sahabat tidak akan tarik antara satu dengan yang lain ke nerakaNya nanti.
  
Allah kurniakan kita sahabat agar kita boleh bangkit semula bila terjatuh, agar kita boleh bersatu untuk menyelesaikan masalah umat, agar semangat kita terus ada untuk berjuang, agar kita sedar akan silap kita bila kita terlalu bangga dan macam macam lagi Allah boleh didik kita melalui sahabat. Maka pandanglah persahabatan itu sebagai sesuatu yang universal iaitu setiap insan di sekeliling kita adalah sahabat. "Persahabatan yang tertinggi adalah bilamana kita melebihkan sahabat kita dari diri sendiri dan serendah rendah persahabatan adalah berlapang dada."


Sabda Nabi s.a.w. yang mafhumnya:
”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
[Riwayat Muslim]


Pendek cer, yang bermatlamatkan redha Allah, ingin ke syurga bersama, atas dasar iman dan taqwa. Itulah ukhuwah hakiki. Kita sendiri boleh create betapa indah dan manisnya ukhuwah bilamana kita faham ditambah pula dengan kerenah unik dan lucu serta kreativiti yang dimiliki oleh setiap dari kita dan sahabat.
... ... ...
Iya anda betul!  Kena berhati hati bila sebut tentang matlamat. Matlamat yang hendak dicapai perlu seiring dengan  cara yang betul. Elakkan dari menghalalkan yang haram terutama bila melibatkan persahabatan antara lelaki dan perempuan ajnabi.

Sekian. Baginda Nabi S.A.W. pernah bersabda ‘Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat’ 

–admin,Si insan alpa-
     



Friday, May 17, 2013

Pesanan Buat Semua :D

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh.

رَبِّ اشرَح لى صَدرى وَيَسِّر لى أَمرى وَاحلُل عُقدَةً مِن لِسانى  يَفقَهوا قَولى

Kepada semua sahabat-sahabat JPI, Mantan MT, Amir dan Amirah JPI UiTM Sabah serta Pimpinan terbaru JPI UiTM Sabah. Pesanan khas dari bekas tunjang pimpinan lama, brader Mohd Mahathir Bin Sugua. Moga bermanfaat. (Video lama, upload di sini. Sekadar renungan bersama.)