JPI UiTM Sabah: November 2013

Thursday, November 14, 2013

Tazkirah Harian 6 - Kejayaan

HAPPY CONVOCATION DAY!

 
Istiadat Konvokesyen UiTM Ke - 77!

Lucky people GET opportunities,
Brave people CREATE opportunities,
And winners are those that CONVERT the problems into opportunities!



Lokasi : UiTM Shah Alam
Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-77 | 2012

Tazkirah Harian 5 - Musibah itu satu ujian

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian, nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.
(Surah Al-Ankabut : ayat 2-3)


Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan, dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah Al-Anbiyaa’ : ayat 35)

Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”.
(Surah Al-Baqarah : ayat 155-156)


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
(Al-Baqarah : ayat 286)



Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu).
(Surah Asy-Syura : ayat 30)


(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.
(Surah Al-Baqarah : ayat 156)


Lokasi : Pulau Mamutik, Kota Kinabalu
Rehlah SAHABAT 2.0 | 2013

Tazkirah Harian 4 - Tulisanmu Bernilai Ibadah

Berhati-hati apabila mecoret status. 
Boleh jadi lain yang cuba disampaikan, lain yang difahami pembaca. 
Kerana setiap tindakan ada nilaiannya.

Satu ayat. Boleh membuatkan hati berbunga-bunga. 




Lokasi : Pusat Islam UiTM Sabah
Bengel Asas Membina Insan (BASMI) | 2012 

Tazkirah Harian 3 - Doa!

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)

#Mendoakan kesejahteraan seseorang adalah cara kita menjaganya dari jauh :)



Lokasi : Taman Indah Permai
Rehlah SAHABAT 1.0 | Tuaran, SABAH |2013.

Tazkirah Harian 2 - Masa depanmu!

Mengapa runsing memikirkan masa depan hanya kerana dihantui kesilapan yang dilakukan dimasa lalu. Yakinlah, bagaimana pengakhiran kita lebih bermakna berbanding bagaimana permulaan kita. Setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan. Belum terlambat untuk kita melakukan perubahan untuk menjadi lebih baik.

Bagaimana pula dengan persepsi orang lain? Jangan bimbang, kita mahu cantik pada pandangan Allah, bukan sekadar pada pandangan manusia. 
 
 


''Cipta masa depan anda daripada masa depan, bukan masa lalu''

Salam semangat tahun baru Islam 1435 H

***
Lokasi: Pantai Pulau Mamutik
Program: Rehlah pelajar UiTM Sabah sesi ijazah bersama SAHABAT

Tazkirah Harian 1 - Bersujudlah.

Tazkirah Harian 1 : Sujudlah.


Sabda Rasulullah s.a.w :

''Telah dijadikan bumi untukku menjadi alat bersuci dan tempat bersujud. Kerana itu hendaklah seseorang di antara kamu solat di mana sahaja ia dapat''

-Sahih Bukhari No. 1/418-
 

Dan Allah s.w.t berfirman,

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” -Surah Al-Baqarah: ayat 277

 
Marilah kita berkongsi ilmu ini dengan seberapa ramai umat manusia, semoga ianya mampu menjadi saham yg memberatkan timbangan mizan di akhirat kelak. Amin.

Lokasi: Pantai Pulau Mamutik
Program: Rehlah bersama ahli SAHABAT sesi ijazah

Tuesday, November 12, 2013

Jangan Lupa Puasa Asyura ^_^


Salam Muharram...
Ok, apa tu Maksud Hari Asyura, peristiwa yg terjadi pada hari tu, dan mcm2 lg yg sering menjadi tanda tanya pada kita berkenaan hari tersebut, apakah kisah atau sejarah disebalik hari Asyura, termasuklah kelebihan2 pada hari tersebut. ada yang tanya jika 10 Muharram ni jatuh pada hari sabtu, boleh tak puasa sabtu sahaja, atau puasa hanya pada 10 MUHARRAM sahaja , boleh tak  ? Jawapannya disunatkan puasa sebelum atau sesudahnya kerana tidak mahu menyamai puasa orang yahudi , mereka berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. Mereka berpuasa pada hari itu, satu hari sahaja. Sebenarnya jika jatuh pada hari lain pun begitu juga sunatnya. . Sehari sebelum atau sehari selepas.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram. 



Niat Puasa

.
a.  Niat puasa hari ke 9 Muharam (Hari Tasu’a)  ialah:
 * NAWAITU SAUMA GADHIN MIN YAUMI TASU'A SUNNATAN LILLAHI TA’ALA
( sumber : shafiqolbu )
b .  Niat Puasa Sunat 10 Muharram (Puasa Sunat ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA SUNNATTAN LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
Nota : Perkataan ghadin bermaksud esok -
jadi ada tak ada dalam lafaz maksudnya tetap anda berpuasa pada esok setelah berniat hari sebelumnya .

NIAT PADA HARI LAIN SELAIN ASYURA, TASU'A DALAM BULAN MUHARRAM - NIATKAN -SAHAJA AKU BERPUASA SUNAT PADA ESOK HARI KERANA ALLAH TAALA.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.


 إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa )



SEJARAH 10 MUHARRAM


Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.


KELEBIHAN PUASA ASYURA'


Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".





14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(Bukan asyura je, bulan lain, hari lain sangat digalakkan juga)
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 


Antara amalan yang digalakkan pada hari `asyura (10 muharram) ialah:
i) Menunaikan puasa sunat sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahunsebelumnya.(Riwayat Muslim)Bagi membezakan amalan puasa sunat pada hari tersebut dengan puasa orangYahudi, maka disunatkan umat Islam berpuasa pada hari 9 dan 10 Muharram,kerana orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram sahaja.
ii) Membanyakkan amal kebajikan seperti sedekah, membaca al-Quran,melapangkan masa untuk keluarga, memuliakan fakir miskin, menahan marah,menunjukan jalan bagi orang sesat, memelihara kehormatan diri,, mandisunat, sembahyang sunat empat rakaat, menjamu orang berbuka puasa danlain-lain.Mengenai pahala yang akan diberikan di atas kebajikan yang telah dilakukan itu terpulang kepada Allah.SWT.
Puasa 'Asyura sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan keterangan beberapa hadis, antaranya :

1.    صُوْمُوا يَوْمَ عَاشُورَاء ، وَخَالِفُوا اليَهُودَ ، صُومُوا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ يَوْمًا بَعْدَهُ - Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura, dan bezalah dengan (puasa) Yahudi, (oleh itu) berpuasalah (juga) sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya ( Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya I/241 ; Ibnu Huzaimah - 2095 - di dalam sanad hadis ini Ibnu Abi Laila yang kurang kuat hafazannya)

2. صُومُوا اليَومَ التَّاسِعَ والعَاشِرَ وَخَالِفُوا اليَهُودَ - Berpuasalah kamu pada hari yang ke sembilan dan hari yang ke sepuluh, dan bezakanlah dengan (puasa) Yahudi. ( daripada Ibnu Abbas r.a. melalui jalan Al-Baihaqi IV/287 - Sanadnya Sahih )

3. إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا - Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa )

Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas maka dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya :

1. Puasa Asyura sunat hukumnya. Ia dilakukan pada hari yang ke sepuluh dari bulan Muharram. Tetapi jika selain 10 Muharram, juga dilakukan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya adalah lebih baik untuk membezakan antara ibadat Umat Islam dengan ibadat Yahudi.

2. Para ulamak berpendapat tentang derjat puasa Hari Asyura : Derjat I : Puasa tiga hari 9,10,11 Muharram ;  Derjat II : Puasa dua hari 9 dan 10 Muharram ; Derjat III : Puasa Asyura hanya sehari iaitu 10 Muharram saja. Namun demikian jika seseorang berpuasa hanya sehari saja (10 Muharram) juga sah, tetapi jika lebih sehari adalah lebih afdhal.

3. Fadhilat puasa Asyura : Siapa yang melakukan puasa Asyura nescaya Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya selama setahun sebelumnya. Namun demikian, pengampunan dosa tersebut terbatas hanya dosa-dosa kecilnya saja, sedangkan dosa-dosa besar hanya akan diampuni melalui Taubat Nasuha.

4. Selain itu juga terdapat beberapa hadis tentang fadhilat hari Asyura, antaranya : ( Barangsiapa yang memberi kelapangan dan keselesaan kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan memperluaskan rezekinya sepanjang tahun ) - (HR Tabarani). Semua hadis seumpama ini derjatnya dhaif (lemah). Imam Al-Nawawiy berkata dalam kitabnya "Al-Adzkar" : Ulama Hadis berkata : Dibolehkan beramal berdasarkan hadis dhaif (lemah) dalam fadhilat amalan selagi hadis tersebut bukan hadis maudhu' (palsu). 

5. Doa pada Hari Asyura :


يَا مُحْسِنٌ قَدْ جَــاءَكَ المُسِيْئُ ، وَقَدْ أَمَرْتَ يَا مُحْسِنٌ بِالتَّجَــاوُزِ عَنِ المُسِيْئِ ، وَأَنْتَ المُحْسِنُ وَأَنَـــا المُسِيْئُ ، فَتَجَــاوَزْ عَنْ قَبِيْحِ مَا عِنْدِي بَجَمِيْلِ مَا عِنْدَكَ ، فَأَنْتَ بِالمَعْرُوْفِ مَوْصُوْفٌ ، أَئْتِنِي مَعْرُوْفَكَ ، وَأَغْنِنِي بِــهِ عَنْ مَعْرُوْفِ مِنْ سِوَاكَ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ  - ( Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih ). ( Doa ini berasal daripada Saidina Ali Bin Abu Talib r.a. sebagaimana dinyatakan oleh ulama Hadis - Mereka berkata : Doa ini bagus diamalkan pada Hari Asyura )

Penjelasan di atas berdasarkan kitab-kitab berikut :

1. Kitab Al-Mughniy - Ibnu Qudamah - Juz IV / 440 - 442
2. Zaad Al-Ma'aad - Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah - Juz II / 63 - 73
3. Fadhail Al-Syuhur Wa Al-Ayyam - Imam Abdul Ghaniy Bin Ismail Al-Nablusiy - Hlmn. 70 - 75