JPI UiTM Sabah: June 2013

Wednesday, June 26, 2013

KARNIVAL KESENIAN ISLAM UiTM SABAH 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^

          InsyaAllah, pada tahun ini pihak kami bersama-sama dengan Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Pekusi Delapan akan menganjurkan satu karnival yang julung-julung kali diadakan di UiTM Sabah. Dengan ini, pihak admin ingin menjemput semua siswa dan siswi serta pensyarah juga kepada warga Malaysia untuk turut serta bersama-sama menjayakan karnival ini. Ingin tahu lebih lanjut? Layari lama facebook kami! 

Nantikan kehadirannya!




Sunday, June 23, 2013

APA ITU SYUKUR?

APA ITU SYUKUR? APA ITU SYUKUR? APA ITU SYUKUR? 

Dan Dialah yang telah mengurniakan kepada kamu apa-apa yang hajati. Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah pasti kamu tidak dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya manusia itu sangat suka meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat Tuhannya." (Surah Ibrahim 14:34)

          Syukur daripada segi bahasa ialah suatu tindak balas yang baik sama ada menerusi perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan dan perbuatan yang baik sebagai menghargai kebaikan yang telah diterima.

          Dari segi istilah tasawuf, sebahagian ahli sufi yang menjelaskan takrif syukur:


Ibn `Alan al-Siddiqi


Pengakuan terhadap nikmat yang diterima dan sifat suka membantu. Sesiapa yang bersifat demikian maka digelar syakur (orang yang bersyukur).


AL-Junayd al-Baghdadi


Apabila kamu menyedari bahawa kamu bukanlah pemilik kenikmatan yang telah diperoleh sebaliknya milih Allah.


Al-Syeikh Muhammad `Abduh


Apabila seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat kurniaan Allah.


Ibn ‘Ujaibah


Kebahagiaan hati atas nikmat yang diperoleh. Ia di iringi dengan mengarahkan seluruh anggota tubuh tunduk dan patuh kepada-Nya serta mengakui dengan penih rendah hati terhadap keluasan nikmat yang diterima dari Allah



Ibn `Athaillah


Sesiapa tidak mensyukuri nikmat, maka dia telah menghilangkan nikmat tersebut. Dan sesiapa yang mensyukurinya, maka dia telah mengikatnya.



           Secara kesimpulannya dapat difahami bahawa kesyukuran ialah pengakuan sifat lemah para hamba dalam mengagungkan zat-Nya yang diiringi oleh perlaksanaan ketaatan pada-Nya semata-mata yang meliputi zahir dan batin.

Source: SOLUSI 2013 EDISI 56 (JULAI)

-admin, Si insan alpa-