APA ITU SYUKUR? APA ITU SYUKUR? APA ITU SYUKUR?
Dan Dialah yang telah mengurniakan kepada kamu apa-apa yang hajati. Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah pasti kamu tidak dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya manusia itu sangat suka meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat Tuhannya." (Surah Ibrahim 14:34)
Syukur daripada segi bahasa ialah suatu tindak balas yang baik sama ada menerusi perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan dan perbuatan yang baik sebagai menghargai kebaikan yang telah diterima.
Dari segi istilah tasawuf, sebahagian ahli sufi yang menjelaskan takrif syukur:
Ibn `Alan al-Siddiqi
|
Pengakuan terhadap nikmat yang diterima dan
sifat suka membantu. Sesiapa yang bersifat demikian maka digelar syakur
(orang yang bersyukur).
|
AL-Junayd al-Baghdadi
|
Apabila kamu menyedari bahawa kamu bukanlah pemilik kenikmatan yang telah
diperoleh sebaliknya milih Allah.
|
Al-Syeikh Muhammad `Abduh
|
Apabila seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat kurniaan Allah.
|
Ibn ‘Ujaibah
|
Kebahagiaan hati atas nikmat yang diperoleh. Ia di iringi dengan mengarahkan
seluruh anggota tubuh tunduk dan patuh kepada-Nya serta mengakui dengan penih
rendah hati terhadap keluasan nikmat yang diterima dari Allah
|
Ibn `Athaillah
|
Sesiapa tidak mensyukuri nikmat, maka dia telah menghilangkan nikmat
tersebut. Dan sesiapa yang mensyukurinya, maka dia telah mengikatnya.
|
Source: SOLUSI 2013 EDISI 56 (JULAI)
-admin, Si insan alpa-
No comments:
Post a Comment
~Sila tinggalkan komen anda :) Komen anda amatlah dihargai. Komen dengan baik dan jujur ya?
Syukran Jazilan