JPI UiTM Sabah: April 2014

Sunday, April 6, 2014

REHLAH SAHABAT (Running Man)

Pada 29 Mac 2014 yang lalu, Jawatankuasa Pusat Islam (SAHABAT) telah melaksanakan program yang berbentuk riadah bersama ahli-ahli yang bernaung di bawah SAHABAT.

 
Bergambar bersama pemudah cara daripada pihak Zoo Lok Kawi         


Majlis penutupan program.

Program yang bertempat di Zoo Lok Kawi ini telah menarik pelbagai lapisan siswa dan siswi untuk turut sama menyahut seruan jasadi. Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim diantara ahli SAHABAT di samping memasyarakatkan mahasiswa bersama alam sekitar.


Taman Hidupan Liar Lok Kawi merupakan sebuah taman perlindungan yang terletak di Sabah, Malaysia. Taman Hidupan Liar Lok Kawi terletak di Putatan, hanya kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar raya Kota Kinabalu.

Turut diundang untuk menghadiri 'animal show'
Taman Hidupan Liar Lok Kawi yang berkonsepkan dua jenis taman iaitu zoologi dan botani, telah dibuka secara rasmi pada Mac 2007 dengan memiliki keunikan dan keistimewaan sendiri kerana taman seluas 112 hektar itu ditempatkan di kawasan hutan semula jadi iaitu tempat habitat asal haiwan tersebut.

Islam bukan sahaja menganjurkan berkasih sayang terhadap manusia sahaja, tetapi juga bersama alam sekitar dan hidupan lain.

Mahasiswa memasyarakatkan alam sekitar!

Semoga program seperti ini akan diteruskan bagi membuka ruang kotak pemikiran masayarakat hari ini bahawa sebagai mahasiswa, tugas dan tanggungjawab bukan hanya sekadar akademik semata, tetapi juga tugas dan tanggungjawab meliputi hak terhadap tubuh badan dan alam sekitar.

Mendengar penjelasan mengenai haiwan yang dipamerkan

Sesi penyampaian cenderahati kepada peserta
Diantara modul yang diselitkan di dalam Running Man SAHABAT kali ini
 Terdapat pelbagai ibrah atau pengajaran yang dapat diambil sekiranya kita belajar dan merenungi kebesaran Allah. Tidaklah setiap sesuatu itu wujud dan tercipta dengan sendirinya. Disebalik keindahan dan keunikan alam yang tercipta, pasti penciptanya lebih unik dan hebat!

Tidak rugi berguru bersama alam! Maka nikmat manakah yang engkau dustakan?

Majlis penutupan yang dirasmikan oleh En. Tajuddin, Staff Zoo Lok Kawi
Barisan AJK siswa yang banyak membantu melancarkan program

 Sekalung terima kasih diucapkan kepada siswa dan siswi yang terlibat bagi menjayakan program kali ini. SAHABAT mengucapkan jutaan kemaafan sekiranya terdapat ketidakselesaan sepanjang program berlangsung.


 Moga kita bertemu lagi di program akan datang!


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai. (QS. 7:179)