JPI UiTM Sabah: 50 WAKTU -------> 5 WAKTU

Thursday, May 29, 2014

50 WAKTU -------> 5 WAKTU

بسم الله الرحمن الرحيم
 
Assalamualaikum & Salam Israk Mikraj,
 

Allahhumma solli a'la Muhammad, Wa'ala alihi Muhammad, Alhamdulillah3x...
Apa khabar iman akhi dan ukhti?Sudah Solat? =D Terlebih dahulu kami dari Jawatankuasa Pusat Islam (SAHABAT) ingin mengucapkan Tahniah kerana melapangkan masa untuk membaca entri kali ini dan Salam Israk Mikraj. Okeylah, straight forward...

Setiap tahun apabila masuknya tanggal 27 Rejab umat Islam seluruh dunia akan memperingati kisah perjalanan junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersama-sama Malaikat Jibril dan Mikail bertujuan untuk mengurangkan waktu solat umat Baginda. Peristiwa yang dialami Baginda selama satu malam ini digelar Israk Mikraj yang mana melalui dua fasa:
  1. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
  2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Image by Google
Sebelum perjalanan Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW telah dibedah di dada/perut oleh Malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya dan hikmat, ilmu, dan iman telah dituangkan ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Kemudian, Baginda didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah SAW dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk".
Image by Google
Semasa di Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T) Baginda telah melalui 7 Pintu Langit dan pada pintu yang ke tujuh, Baginda telah bertemu dengan Nabi Ibrahim A.S. Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

"Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
 
Seterusnya, Baginda melalui tangga ke-8 dan menyaksikan keajaiban pohon Sidratul Muntaha iaitu sejenis pohon yang menunjukkan pengakhiran langit ke tujuh. Selepas melepasi tangga ke-9, akhirnya Rasulullah SAW menemui ALLAH SWT di tangga ke-10 dan lantas Baginda sujud kepada Sang Pencipta ALLAH SWT. Pada ketika inilah dialog Nabi Muhammad SAW dan ALLAH SWT berlaku hanya untuk menurunkan kadar waktu solat dari 50 Waktu ke 5 Waktu. Menurut Kitab  Jam'ul-Fawaa'id sebanyak 9 kali dan setiap sekali dikurangkan sebanyak 5 waktu akhirnya ALLAH SWT memperkenankan permintaan Baginda dengan memfardhukan Solat 5 Waktu sehari semalam.
Subbahanallah...begitu hebat perjalanan Baginda SAW untuk menemui ALLAH SWT. Kita pula bagaimana selaku ummat Baginda SAW???

“Dan dirikanlah Solat (wahai Muhammad,engkau dan umatmu),pada dua bahagian siang (pagi dan petang),dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.”
 (Huud:114).

“Jagalah Waktu Solatmu,ALLAH Pasti Akan Menjagamu”

Wallahu'alam.
 
Sila baca: http://www.iluvislam.com/uncategorized/3187-peristiwa-israk-dan-mikraj-dan-pengajaran-yang-perlu-di-hayati.html

 

 

No comments:

Post a Comment

~Sila tinggalkan komen anda :) Komen anda amatlah dihargai. Komen dengan baik dan jujur ya?

Syukran Jazilan