JPI UiTM Sabah: FLASHMOB Saya Bantah Kezaliman IM529!

Friday, May 2, 2014

FLASHMOB Saya Bantah Kezaliman IM529!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T…


Pada 9 April 2014 lalu, Jawatankuasa Pusat Islam (SAHABAT) telah mengadakan ‘Flashmob’ berdasarkan kertas undi yang ditandatangani oleh pelajar dan staff UiTM Sabah di ruang legar Bangunan Akademik Baru bagi menggantikan konsep tandatangan di atas kain rentang. Tujuan utama Flashmob ini dilakukan adalah untuk menyatakan solidariti terhadap pembantahan Ikhwanul Muslimin 529 dan selebihnya yang masih dibicarakan. Sambutan yang diberikan sangat memberansangkan, malahan, terbukti bahawa Mahasiswa UiTM Sabah sangat peka dengan keadaan semasa dan menolak sekeras-kerasnya penindasan terhadap IM529.

Gambar Solat Terakhir IM529 Sebelum Dijatuhkan Hukuman
529 orang Ikhwanul Muslimin telah dibicarakan secara tidak adil dan telah dihukum gantung dan selebihnya lagi sedang disoal siasat oleh badan kehakiman di Mesir. Hal ini telah menentang “hak kemanusiaan” untuk menggantung seramai pesalah kerana secara logiknya 529 orang belum tentu semuanya melakukan kesalahan pembunuhan dan jenayah lain seperti yang diwarkan-warkan dalam akhbar BBC dan ianya tidak menyakinkan kerana durasi pembicaraan dan penilaian yang pendek untuk menjatuhkan hukuman kesemua kesalahan ke atas 529 orang! Seorang pembunuh pun mengambil masa berbulan-bulan untuk disabit kesalahan, ini kan lagi untuk 529 orang…sangat tidak logik kan…???

Dianggarkan dalam 500 orang lagi sedang dibicarakan dan menanti untuk diadili di badan kehakiman Mesir…Mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mereka yang lain dan semoga 529 Ikhwanul Muslimin (IM) mendapat tempat dalam kalangan Syuhadah…Amiiin~~~

Sign for R4bia
Sebahagian Pensyarah Menunjukkan Solidariti IM529 
Saya Bantah!
Pelajar UiTM Sabah Bantah Kezaliman IM529!
Orang Luar Pun Turut Membantah
Sebahagian Undi 
"Solidariti UiTM Sabah untuk Ikhwanul Muslimin"
Semoga setiap undi kita akan memberatkan neraca kebaikan di akhirat kelak...InshaAllah..Barakallah hu fik kepada semua~~~~




For more information, you can search here:

http://ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1005:fakta-hukuman-mati-529-di-mesir&catid=1:berita-pusat&Itemid=9

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.778217622188739.1073741871.204608229549684&type=1

No comments:

Post a Comment

~Sila tinggalkan komen anda :) Komen anda amatlah dihargai. Komen dengan baik dan jujur ya?

Syukran Jazilan